Saturday, November 3, 2007

KHASIAT MADU

MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.

Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.
Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.
Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.
Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat.
Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.

KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLIS.
Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.
BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-
VITAMIN AMenggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
VITAMIN BMembantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma
VITAMIN CMembantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
VITAMIN ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
VITAMIN KBaik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.
Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-
· Kencing manis
· Barah/Kanser
· Mata kelabu
· Letih/Lesu/Tenat
· Tenaga batin/Seks
· Lendir/Kahak
· Penyeri muka
· Awet muda
· Pendarahan otak
· Gastrik
· Gagap
· Bersalin - senang
· Batuk
· Penyakit Kulit
· Sakit Telinga
· Lemah jantung
· Jerawat
· Pening
· Pekak
· Lumpuh
· Uban (Berpenyakit)
· Susah tidur
· Sakit sendi
· Sembelit
· Selsema
· Sakit puan
· Resdung
· Darah tinggi
· Sakit kepala
· Angin
· Luka
· Keputihan
· Bintik-bintik hitam
· Rambut gugur
· Sakit pinggang
· Terbakar
· Haid
· Buasir
· Batuk kering
· Lupa
· Keracunan Makanan
· Asma/Lelah
· Kurang darah
· Alahan/Allergic
· Kanak-kanak (Sihat)
· Dan lain-lain...

MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH"
Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.
Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.
Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.
Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.
Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.
MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.


Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey - USA.

No comments: